
Naruto
 dilahirkan pada 10 Oktober, tahunnya tidak diketahui. Asal usul ibu 
bapak dan saudaranya yang lain masih merupakan misteri. Sejak dilahirkan
 lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi no Yoko yang cuba 
membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh AYAHNYA HOKAGE KE 
EMPAT.
 Ayah
 Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala 
ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya 
manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang 
tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.
 Ayah
 Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala 
ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya 
manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang 
tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.
Kushina
 dan Minato berharap Naruto akan menjadi seorang ninja yang hebat dan 
berjasa. Kata-kata ini disampaikan secara langsung kepada Jiraiya. 
Hubungan erat antara keluarga Minato dengan Jiraiya membuktikan hubungan
 erat antara Jiraiya dengan Naruto.
Dahulu,
 Jiraiya pernah diberitahu mengenai ramalan masa depan oleh Moyang 
Kodok. Moyang Kodok memberitahu, Jiraiya akan bertemu dengan seorang 
pelajar yang sangat kuat dan akan mengubah dunia ninja sepenuhnya. 
Pelajar yang dikenali sebagai "Anak Terpilih" atau "Destinated Child". 
Ketika itu Jiraiya menganggap anak itu ialah Pain, tetapi dia tersilap.
Anak terpilih itu sebenarnya adalah Uzumaki Naruto. Ninja yang akan mengubah dunia ninja ke satu era yang lain.
Hokage
 Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira
 yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh 
kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto karena Kyubi
 pernah mengacaukan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak 
mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehingga dia 
mencecah usia dua belas tahun.
Uzumaki Kushina, adalah ibu Naruto.
Mujurlah
 Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi 
berdedikasi di akademi yaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun
 orang tua Iruka mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak menyalahkan 
Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk 
dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang 
benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya.
 Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana 
kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapaknya.
Sebelum
 tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan dirinya 
dikenali dan diterima orang banyak. Dia akan bermain dan bergurau di 
seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto 
menconteng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan merupakan 
dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan 
kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang 
memandang rendah terhadapnya bahwa dia akan menjadi Hokage suatu masa 
nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam sebagai “Ninja 
Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nomor Satu” di Konoha 
oleh Hatake Kakashi.
Sikap
 gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya mempengaruhi 
watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto bersahabat 
dengan Konohamaru, cucu Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami 
bahwa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan
 sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak dekil dan 
sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat 
yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik 
semata-mata.
Naruto
 suka bergurau walaupun kadang kala gurauannya mengandungi elemen yang 
tak lucu. Biasanya, Naruto sering ketawa dan senyum (pada sesetengah 
ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan masalahnya; hanya mereka yang
 benar-benar rapat dengannya boleh mengetahui perasaan sebenarnya 
Naruto). Dari segi luaranya, Naruto hanyalah seorang budak yang tidak 
menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa kental dan selalu terlibat
 dalam masalah.
Salah
 satu dari pada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak dapat 
membesarkan herbal dari rumpai (disiarkan dalam episode 20). Naruto juga
 menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh dilihat di tepi 
tingkap Kakashi.
Naruto mengunakan Rasengan.
Naruto
 juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan cerita 
tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori. Pakaian 
tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang mata 
dan gigi. uangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang 
dipanggil Gama-chan.
Naruto
 suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan 
kegemaran Naruto, ramen seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara 
Naruto dengan siapa yang sudi membayar bil nanti. Dalam banyak episode, 
dilihat Naruto boleh menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.
Musang Berekor Sembilan.
Sebagai
 perumah bagi setan serigala, Kyubi, tubuh dan minda Naruto kadang kala 
dipengaruh olehnya. Secara fisik, Naruto mempunyai sedikit ciri-ciri 
Kyubi seperti tanda di pipinya. Matanya juga sipit seperti serigala. 
Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi yang membolehkan 
Naruto sembuh daripada kecederaan parah dalam sehari dua dan luka kecil 
dalam beberapa saat. Memandangkan Kyubi telah dikurung dalam Naruto 
sejak bayi, adalah tidak diketahui sejauh mana personaliti Naruto 
dipengaruhi oleh Kyubi. Namun, terdapat kemungkinan bahwa Kyubi 
menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka membuat kesal orang lain untuk 
mendapat perhatian dan untuk tidak mengaku kalah dalam setiap 
pertarungan.
Tahap
 cakra Naruto adalah sangat tinggi karena Kyubi. Ebisu pernah menyatakan
 bahwa daya pengawalan cakra Naruto adalah lemah karena sebagian dari 
cakranya digunakan untuk membendung cakra Kyubi yang terlalu kuat (cakra
 Kyubi yang luar biasa ini boleh membahayakan Naruto jika dibebaskan 
dengan terlalu banyak). Kakashi pula mengatakan bahwa kekuatan kyubi 
lebih kuat dari kekuatan Naruto sendiri. Maka, Naruto amat sesuai 
mengendalikan jurus yang memerlukan banyak cakra seperti ‘Teknik 
Pengagihan Bayang’ (Kage Bunshin no Jutsu). Ninja lain dapat 
menghasilkan beberapa klon saja dengan sempurna karena jurus ini 
menghendaki penggunanya membagikan cakranya dengan tepat kepada 
klon-klon yang dihasilkan, berlainan pula dengan Naruto yang mampu 
menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama, membekalkan sejumlah 
cakra yang mencukupi kepada setiap klon.
Cakra
 Kyubi selalu menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi saat-saat 
genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat terus 
hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan meminta 
cakranya. Hal ini karena Kyubi dikurung dalam badan Naruto, cakranya 
masih boleh mengalir keluar untuk bersatu dengan cakra Naruto. Tambahan 
pula, kekuatan cakra Kyubi yang hampir dalam menyebabkan Kyubi merupakan
 senjata terunggul bagi Naruto dalam pertempuran yang sengit. Apabila 
Naruto menggunakan cakra Kyubi, ketangkasan dan kekuatannya meningkat 
secara mendadak. Kadang kecederaannya pulih turut meningkat. Oleh sebab 
staminanya berlipat ganda, Naruto boleh terus melawan tanpa merasa 
letih. Naruto biasanya boleh memendamkan cakra Kyubi sebelum 
transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, cakra Kyubi akan 
menjadi lebih nyata dengan masa. Beberapa boleh dilakukan untuk 
memendamkan semua cakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau 
teknik mengurung Yamato.
Apabila
 Naruto mula-mula menggunakan cakra Kyubi, Naruto belum mampu 
mengawalnya menyebabkan kemarahan di dalamnya menguasai minda Naruto. 
Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika 
emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak cakra 
menyebabkan Kyubi menguasainya dirinya semula.
Naruto mengalahkan Kabuto dengan jurus Rasengan.
Naruto
 menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor perisai cakra 
Kyubi ( sebagian hanya bisa dilihat di manga japan). Sehingga ekor yang 
ketiga, Naruto masih belum ada tetapi tindakannya lebih buas. Dia mula 
merasakan kesakitan sebagai akibat kekuatan cakra yang terlalu besar. 
Apabila Naruto mencapai tahap ‘empat ekor’, Kyubi mendominasi. Kekuatan 
Naruto bercampur dengan kekuatan Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan
 perubahan ini, Naruto kelihatan seperti mini-Kyubi.
Cakra
 Kyubi adalah jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra manusia biasa. 
Apabila Naruto menggunakan cakra Kyubi, tubuh asalnya menjadi kian 
lemah. Pada peringkat ‘empat ekor’, cakra Kyubi terlalu hebat sehingga 
mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir dari tiap liang 
roma. Sementara itu, cakra Kyubi sentiasa memulihkan semua badan rusak 
Naruto. Kita dicederakan-dan-dipulihkan-semula melemahkan Naruto dan 
secara alamiah memendekkan jangka hidup Naruto. Wah sedih banget yah, 
kasihan banget si Naruto. Ada teman-teman yang minta kisah Naruto dan 
inilah dia, semoga kalian puas. Bersumber dari Wikipedia dan pengalaman 
saiya sendiri. Tingkiu…!
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan 
klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Selamat Datang











